About Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Peminat pasukan Liverpool Football Club

Wednesday 19 January 2011

PENGALAMAN PERTAMA - SIRI 2

Ingat lagi x cerita pasal PENGALAMAN PERTAMA semalam. Berita ini telah masuk dalam akhbar Sinar Harian edisi johor hari ini.

Sumber diperoleh daripada SinarHarian Online. 
Berita penuh sila klik => Penunggang Motosikal Maut .

LUPALAH..!!! LUPA..!!!

Inilah persembahan pertama yang berjaya buat saya tergelak guling-guling kat umah. Sebelum ni, persembahan gelanggang  pertama Raja lawak  biasanya bosan, tp musim ni,nilah persembahan yang wat saya tergelak sakan. Tahniah kepada Nazmi.



Petikan dari www.youtube.com

Tuesday 18 January 2011

PENGALAMAN PERTAMA

Jika dilihat daripada tajuk, mesti macam-macam yang bermain di kepala otak korang kan. Hahaha... Ok. Saya nak menceritakan pengalaman pertama saya. Pengalaman pertama menyaksikan kejadian kemalangan maut di depan mata secara LIVE.

Malam tadi pada jam 8.00 malam, saya keluar ke warung pakcik kat depan umah saya untuk makan malam. Kebetulan sepupu mak saya yang dikenali sebagai BALAK pun datang warung tu jugak, jadi xlah rase bosan sangat makan sendiri. Sedang saya makan, lalu sebuah ambulan dengan begitu laju. Dalam kepala otak saya mesti ade orang sakit atau eksiden tapi xlah rasenye terjadi di kawasan kampung. Jadi saya meneruskan makan.

Ketika itu juga, pakcik saya a.k.a tuan kedai ingin membuang beg-beg sampah. Tiba-tiba dia menjerit, "eh..!!eksiden kat depan kampung oi..!!!". Saya lantas bangun dari tpt duduk dan terus menuju ke tepi jalan. BETUL..!!! Kemalangan di hadapan kampung. Saya fikir ianya kemalangan kecil. Lalu saya terus sambung makan.

Lebih kurang 15 minit, pakcik pulang dari membuang sampah dan melihat kejadian. Dia bersuara, "oi..eksiden...RXZ mati...,". Saya sangkakan ianya gurauan yang selalu dia buat semasa kenakan saya waktu saya kecil. Tiba-tiba dia mengulang kata-katanya dengan lebih bersungguh-sungguh. Saya yang sudah makan lantas menaiki motor bersama Balak menuju ke tempat kejadian.

TERUK...!!!!sangat teruk keadaan kereta iswara tersebut. Bahagian kanan kereta hancur. Tetapi saya masih xdapat melihat penunggang motosikal tersebut. Kelibat motosikal pun tiada. Saya turun daripada motor dan bergerak ke sebelah ambulan dan melihat ke dalam ambulan. TIADA... Tiada kelibat mangsa. Saya bercakap dengan orang-orang situ. "Orang yang eksiden ni mesti da kena bawak gi spital". Tetapi jawapan yang saya terima memang salah. Seorang daripada mereka menjawab. "Xlah, mayatnye ade ni ha sebelah ni". Berderau darah saya. Mayat penunggang tersebut berada kurang 3 meter daripada tempat saya berdiri.

Pegawai penyiasat trafik membuka kain yang menutupi mayat untuk mengambil gambar. Sebaik kain dibuka, MASYA-ALLAH...NA'UZUBILLAH....Semoga kita dijauhi daripada malapetaka ini. Keadaan badan mayat elok tetapi kaki hancur dan tulang terkeluar. Sejuk terus badan saya. Pertama kali melihat mayat kemalangan jalanraya LIVE depan mata. Saya difahamkan mangsa masih hidup tadi dan baru je meninggal. Dalam kepala otak saya terbayang saat mangsa menggelitik ketika akhir nafasnya. Huhuhu...takut dan seram weiii....Sedih sekali kerana mangsa xdapat dikenal pasti orang mana kerana tiada pengenalan diri pada mangsa. Mungkin beg duitnya tercampak ketika kemalangan berlaku.

Saya kemudian bergegas melihat keadaan motosikalnya. HANCUR..!!!!keadaan motosikal tersebut hancur. Memang ngeri melihat keadaan motosikal tersebut. Saya difahamkan kejadian berlaku akibat lampu motosikal tersebut tidak berfungsi. Akibat keadaan jalan yang gelap, pemandu iswara menyangka jalan clear. Ketika dia memotonglah berlakunya pelanggaran tersebut. 

Tak lama selepas itu Balak mengajak saya pulang. Saya pulang dan terus mandi dan salin pakaian. Itulah PENGALAMAN PERTAMA saya melihat mayat mangsa kemalangan secara LIVE di depan mata saya. Semoga kita dijauhkan daripada perkara tersebut. Insya-Allah.

PANDU CERMAT. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG. KITA MAMPU MENGUBAHNYA.

Tuesday 4 January 2011

FUNNY FOOTBALL PICS

Mari sama-sama kite berkongsi beberapa gambar - gambar menarik pemain-pemain bola sepak yang sedang beraksi di padang. Jangan ingat mereka kat dalam padang macam harimau xdapat memberikan pose2 yang dapat menjadi bahan gelak ketawa penonton. Kadang kala ianya xlah menarik pon, tetapi apabila diambil dari sudut yang tepat, ia menjadi lebih bermakna. MUAHAHAHAHAHAHA....

p/s: pic2 di ambil daripada forum www.mymanutd.com

Skodeng tyme...Bosan jadik striker,nak jadi papa razzi plak...

Yang ni nak men bola ke nak maen ape nih????refffff!!!!!


Pertandingan Pecah Belon Pusingan Akhir
Inilah punca kenapa Lionel Messi xdapat score mase World Cup hr tuh...Asik kene 'kacip' jer...
Apelah nasib mamat nih..besi tuh....peggghhhh
Ni tgh bina tugu nih..jgn salah paham..hahahaha
Dan yang akhir sekali. sape sangka Ruud Van Nistelrooy pernah belajar di Malaysia. Daripada darjah 1 sampai darjah 6. Nama sekolah dirahsiakan sebab xnak sekolah tu popular....hahahahahaha.....

"Nape nih cikgu??nape nih????", tanya Nisterrooy ketika dispotcheck rambut..



Sekian sahaja untuk kali ni..Untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar menarik. bolehlah la masuk forum mymanutd. Addressnya www.mymanutd.com. pastikan anda register sebagai member baru bley view thread Funny Football Pic.

Monday 3 January 2011

ENCIK PELANCONG

The Tourist adalah filem lakonan Angelina Jolie dan Johny Depp. Cerita ni memang best. Saya bagi 4.5 bintang. Cerita dia simple tapi jalan ceritanya menarik. Tambah lagi dengan lokasi pegambaran yang romantik memang lengkaplah cerita nih. Saya cadangkan sesiapa kaki wayang agar menonton cerita nih, mesti xmenyesal. Cume yang kelakarnya penjahat dikejar oleh pihak polis semata-mata kerana berhutang cukai kerajaan sebanyak 744 juta. Ingatkan dikehendaki sebab kes bunuh ke,jual negara ke,ape ke...layanzzzzz..........


diambil daripada youtube.

SELAMAT DATANG 2011

Salam Tahun Baru kepada semua. 2010 telah pergi meninggalkan kita. Banyak kenangan pahit dan manis telah kita lalui. Jadikan kenangan pahit itu sebagai landasan dalam kita menghadapi alam 2011 ini. Semoga 2011 ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada 2010.

SELAMAT TAHUN BARU 2011