About Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Peminat pasukan Liverpool Football Club

Tuesday 23 August 2011

KLIK-KLIK RAYA

Hari Raya kian hampir. Bahangnya kian terasa. Lagu-lagu raya mula berkumandang di corong-corong stesyen tetuang udara. Kad-kad raya yang diterima dari pejabat lain sudah digantung di papan kenyataan pejabat. Jadi hari ni saya nak berkongsi dengan sume, sesi fotografi Pejabat Bendahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kira pre-raya la ni...



Photographer kita, En Muzaffar bin Salleh


Inilah hasil yang kita dapat


Seterusnya.... Candid time....


Rasenya brader boyoq ni pernah bercita-cita nak jadi penari satu ketika dulu.


Jelingan manja seorang bos dan anak buahnya. Yang mane bos yang mane anak buah korang pikirla sendiri.

Sempat lagi tu berposing. Xde orang len yg lg kacak dr korang lah.

Yang ni xpasti mane diorang jumpa. Nasib baik dapat diselamatkan.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARI PEJABAT BENDAHARI 
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
 

Monday 28 February 2011

PHYSIO KE NI???

Hahahaha...cuba anda bayangkan jika anda tercedera dan memerlukan bantuan physio, dan physio ini yang datang merawat anda. Silap-silap lupa sekejap pasal sakit..




Thanks to Mymanutd.com yang menjumpai video ini dan Youtube.

Friday 18 February 2011

XPERTELEVEN

Memandangkan saya dah xde idea nak post ape, jadi saya jadikan blog ini sebagai medium untuk liga xperteleven bagi opis saya.


Nama liga : LIGA UTHM
ID Liga : 219938

Liga ini telah berlangsung selama 7 musim dan bakal masuk ke musim ke-8. Liga musim ke-8 masih belum dicipta kerana pengurus yang aktif kini hanya tinggal 9 sahaja. Jadi saya masih membuka kepada sesiapa yang berminat untuk join liga ini. Saya mensasarkan bilangan genap para pengurus, kemudian liga akan dicipta. 

Antara pasukan-pasukan yang sedia ada adalah,
rock jambu



Musang Ekor Lapan




Reds Eagle




biawakrimba




FC Outsiders




the reds liver




estet united




Double 7




Samat Kembong fc

Pasukan kami xlah hebat mana jadi anda masih berpeluang untuk mengatasi pasukan kami walaupun anda bermula dengan pasukan yang baru. Liga musim ke-8 mungkin akan bermula awal bulan 3. 


Tuesday 1 February 2011

Ohh El Nino

Fernando Torres. Pemegang jersi nombor 9 pasukan Liverpool. Telah dibawa masuk oleh Rafa Benitez dari Athletico Madrid dengan mengorbankan Luis Garcia. Seorang striker kelas dunia. Memang gah sebutannya tapi tiada 'loyalty' dalam diri. Sanggup menghancurkan seluruh peminatnya dengan berpindah ke kelab 'rival'' iaitu CHELSEA. Adoyai...kami xkisah kalau dia berpindah ke Barcelona ke, Real Madrid ke, Ajax ke, AC Milan ke...tp kenapa CHELSEA???sudah tu, perlawanan minggu ni jumpa Liverpool. ha ah, memang terbaek lah tuh...jangan ada penembak hendap sudah..hahahaha...Torres..Torres...ni lah kenangan dia sebelum menyarung jersi team tersebut.






Lepas ni dia berlari-lari dengan jersi biru plak..hahahaha


Wednesday 19 January 2011

PENGALAMAN PERTAMA - SIRI 2

Ingat lagi x cerita pasal PENGALAMAN PERTAMA semalam. Berita ini telah masuk dalam akhbar Sinar Harian edisi johor hari ini.

Sumber diperoleh daripada SinarHarian Online. 
Berita penuh sila klik => Penunggang Motosikal Maut .

LUPALAH..!!! LUPA..!!!

Inilah persembahan pertama yang berjaya buat saya tergelak guling-guling kat umah. Sebelum ni, persembahan gelanggang  pertama Raja lawak  biasanya bosan, tp musim ni,nilah persembahan yang wat saya tergelak sakan. Tahniah kepada Nazmi.



Petikan dari www.youtube.com

Tuesday 18 January 2011

PENGALAMAN PERTAMA

Jika dilihat daripada tajuk, mesti macam-macam yang bermain di kepala otak korang kan. Hahaha... Ok. Saya nak menceritakan pengalaman pertama saya. Pengalaman pertama menyaksikan kejadian kemalangan maut di depan mata secara LIVE.

Malam tadi pada jam 8.00 malam, saya keluar ke warung pakcik kat depan umah saya untuk makan malam. Kebetulan sepupu mak saya yang dikenali sebagai BALAK pun datang warung tu jugak, jadi xlah rase bosan sangat makan sendiri. Sedang saya makan, lalu sebuah ambulan dengan begitu laju. Dalam kepala otak saya mesti ade orang sakit atau eksiden tapi xlah rasenye terjadi di kawasan kampung. Jadi saya meneruskan makan.

Ketika itu juga, pakcik saya a.k.a tuan kedai ingin membuang beg-beg sampah. Tiba-tiba dia menjerit, "eh..!!eksiden kat depan kampung oi..!!!". Saya lantas bangun dari tpt duduk dan terus menuju ke tepi jalan. BETUL..!!! Kemalangan di hadapan kampung. Saya fikir ianya kemalangan kecil. Lalu saya terus sambung makan.

Lebih kurang 15 minit, pakcik pulang dari membuang sampah dan melihat kejadian. Dia bersuara, "oi..eksiden...RXZ mati...,". Saya sangkakan ianya gurauan yang selalu dia buat semasa kenakan saya waktu saya kecil. Tiba-tiba dia mengulang kata-katanya dengan lebih bersungguh-sungguh. Saya yang sudah makan lantas menaiki motor bersama Balak menuju ke tempat kejadian.

TERUK...!!!!sangat teruk keadaan kereta iswara tersebut. Bahagian kanan kereta hancur. Tetapi saya masih xdapat melihat penunggang motosikal tersebut. Kelibat motosikal pun tiada. Saya turun daripada motor dan bergerak ke sebelah ambulan dan melihat ke dalam ambulan. TIADA... Tiada kelibat mangsa. Saya bercakap dengan orang-orang situ. "Orang yang eksiden ni mesti da kena bawak gi spital". Tetapi jawapan yang saya terima memang salah. Seorang daripada mereka menjawab. "Xlah, mayatnye ade ni ha sebelah ni". Berderau darah saya. Mayat penunggang tersebut berada kurang 3 meter daripada tempat saya berdiri.

Pegawai penyiasat trafik membuka kain yang menutupi mayat untuk mengambil gambar. Sebaik kain dibuka, MASYA-ALLAH...NA'UZUBILLAH....Semoga kita dijauhi daripada malapetaka ini. Keadaan badan mayat elok tetapi kaki hancur dan tulang terkeluar. Sejuk terus badan saya. Pertama kali melihat mayat kemalangan jalanraya LIVE depan mata. Saya difahamkan mangsa masih hidup tadi dan baru je meninggal. Dalam kepala otak saya terbayang saat mangsa menggelitik ketika akhir nafasnya. Huhuhu...takut dan seram weiii....Sedih sekali kerana mangsa xdapat dikenal pasti orang mana kerana tiada pengenalan diri pada mangsa. Mungkin beg duitnya tercampak ketika kemalangan berlaku.

Saya kemudian bergegas melihat keadaan motosikalnya. HANCUR..!!!!keadaan motosikal tersebut hancur. Memang ngeri melihat keadaan motosikal tersebut. Saya difahamkan kejadian berlaku akibat lampu motosikal tersebut tidak berfungsi. Akibat keadaan jalan yang gelap, pemandu iswara menyangka jalan clear. Ketika dia memotonglah berlakunya pelanggaran tersebut. 

Tak lama selepas itu Balak mengajak saya pulang. Saya pulang dan terus mandi dan salin pakaian. Itulah PENGALAMAN PERTAMA saya melihat mayat mangsa kemalangan secara LIVE di depan mata saya. Semoga kita dijauhkan daripada perkara tersebut. Insya-Allah.

PANDU CERMAT. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG. KITA MAMPU MENGUBAHNYA.

Tuesday 4 January 2011

FUNNY FOOTBALL PICS

Mari sama-sama kite berkongsi beberapa gambar - gambar menarik pemain-pemain bola sepak yang sedang beraksi di padang. Jangan ingat mereka kat dalam padang macam harimau xdapat memberikan pose2 yang dapat menjadi bahan gelak ketawa penonton. Kadang kala ianya xlah menarik pon, tetapi apabila diambil dari sudut yang tepat, ia menjadi lebih bermakna. MUAHAHAHAHAHAHA....

p/s: pic2 di ambil daripada forum www.mymanutd.com

Skodeng tyme...Bosan jadik striker,nak jadi papa razzi plak...

Yang ni nak men bola ke nak maen ape nih????refffff!!!!!


Pertandingan Pecah Belon Pusingan Akhir
Inilah punca kenapa Lionel Messi xdapat score mase World Cup hr tuh...Asik kene 'kacip' jer...
Apelah nasib mamat nih..besi tuh....peggghhhh
Ni tgh bina tugu nih..jgn salah paham..hahahaha
Dan yang akhir sekali. sape sangka Ruud Van Nistelrooy pernah belajar di Malaysia. Daripada darjah 1 sampai darjah 6. Nama sekolah dirahsiakan sebab xnak sekolah tu popular....hahahahahaha.....

"Nape nih cikgu??nape nih????", tanya Nisterrooy ketika dispotcheck rambut..



Sekian sahaja untuk kali ni..Untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar menarik. bolehlah la masuk forum mymanutd. Addressnya www.mymanutd.com. pastikan anda register sebagai member baru bley view thread Funny Football Pic.

Monday 3 January 2011

ENCIK PELANCONG

The Tourist adalah filem lakonan Angelina Jolie dan Johny Depp. Cerita ni memang best. Saya bagi 4.5 bintang. Cerita dia simple tapi jalan ceritanya menarik. Tambah lagi dengan lokasi pegambaran yang romantik memang lengkaplah cerita nih. Saya cadangkan sesiapa kaki wayang agar menonton cerita nih, mesti xmenyesal. Cume yang kelakarnya penjahat dikejar oleh pihak polis semata-mata kerana berhutang cukai kerajaan sebanyak 744 juta. Ingatkan dikehendaki sebab kes bunuh ke,jual negara ke,ape ke...layanzzzzz..........


diambil daripada youtube.

SELAMAT DATANG 2011

Salam Tahun Baru kepada semua. 2010 telah pergi meninggalkan kita. Banyak kenangan pahit dan manis telah kita lalui. Jadikan kenangan pahit itu sebagai landasan dalam kita menghadapi alam 2011 ini. Semoga 2011 ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada 2010.

SELAMAT TAHUN BARU 2011