About Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Peminat pasukan Liverpool Football Club

Thursday 30 December 2010

MALAYSIA JUARA AFF SUZUKI CUP

Sekalung tahniah buat skuad kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai kejohanan Piala Suzuki yang keempat. Meskipun tewas 2-1 di gelanggang Indonesia, namun berbekalkan 3 gol di gelanggang sendiri,kita berjaya menang dengan agregate 4-2. Memang tabik spring la kat skuad kebangsaan. Performance memang terbaek. Semoga skuad kebangsaan dapat mengekalkan prestasi sebegini. 

Seperti yang dijangkakan separuh masa pertama akan berahkir tanpa jaringan. Hanya sepakan penalti yang dibazirkan oleh skuad Indonesia. *ingat keeper Malaysia cap ayam ke???  Separuh masa kedua, sekali lagi Safee Salie membuat peminat Indonesia tergamam dengan rembatan kencangnya. Namun pasukan Indonesia berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya leading dengan dua jaringan. Kekentalan pertahanan negara dan penjaga gawang berjaya menahan skuad Indonesia daripada terus mengganas dan keputusan kekal 1-2 sehingga tamat permainan. Tahniah kepada skuad kebangsaan dan teruskan prestasi sebegini. Kembalikan zaman kegemilangan Almarhum Mokhtar Dahari.

Dan akhir sekali...ESOK CUTIIIIII.................!!!!!!!!!!!!!!!

p/s: ape lg yang nak diperkatakan wahai peminat Indonesia???Bomoh kamu xkuat???laser kamu abes bateri???terimalah kenyataan..menang kalah adalah adat permainan.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Wednesday 29 December 2010

MALAYSIA BOLEH

Lama sudah tidak menulis(menaip). Agak sibuk juga sekarang ini. Kali ini saya ingin berkongsi dengan korang semua pengalaman saya menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki pusingan pertama antara pasukan Kebangsaan dengan Indonesia yang berlangsung Ahad lalu di Stadium Bukit Jalil.

Kami (saya bersama 5 teman) bergerak dari rumah di Bukit Jalil pada jam 7.30 malam. Jalan sudah sesak. Kereta parking merata-rata. Kira-kira sepuluh minit berjalan,kami tiba di perkarangan stadium. Keadaan sesak dengan puluhan ribu penyokong skuad Kebangsaan yang ingin memberi sokongan. Kami menuju ke pintu Hijau. Sebelum ke sana,kami sempat membeli bendera dan vuvuzela. 

PARAH!!!!semua tempat penuh. Namun ianya tidak membantutkan semangat kami. Kami bertuah kerana dapat masuk stadium tetapi malangnya kami terpaksa duduk di belakang ribuan peminat Indonesia. *ni kalo diorang mengamuk kompem kami kene dulu...

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. Kalo tengok separuh masa pertama memang nampak Indonesia akan menang. Tapi saya kagum dengan peminat Malaysia yang xpenat memberi sokongan kepada skuad Kebangsaan. Separuh masa kedua menunjukkan peningkatan positif kepada skuad kebangsaan. Mereka mengasak benteng Indonesia dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Penyerang negara, Safee Salie merembat mudah hantaran Norshahrul. Stadium menjadi hingar bingar. Penyokong Indonesia mula tertekan dan resah. Tambahan lagi dengan tekanan daripada penyokong negara yang berada di belakang mereka.*tempat kitorang la nih...

Saya kurang berkenan dengan segelintir peminat negara yang sengaja membaling botol ke arah penyokong Indonesia. Mereka yang sengaja mencari masalah. Saya lihat penyokong Indonesia tertib sahaja ketika menonton perlawanan tetapi penyokong Malaysia yang lebih-lebih.

Akhirnya skuad kebangsaan berjaya membawa 3 gol sebagai bekalan untuk pertemuan kedua di Indonesia. Kebanyakan penyokong Indonesia keluar stadium awal setelah pasukan mereka dibolosi 3 gol. Ketika ini dapat saya perhatikan bahawa mereka telah menyerah kalah.

Pusingan kedua akan berlangsung malam ini. Saya bersama cik kekasih dan kawan2 lain akan menyaksikan di kaca televisen sahaja. Doa kami agar skuad kebangsaan berjaya membawa pulang Piala Suzuki tersebut.

 daripada youtube...

MALAYSIA BOLEH

Thursday 23 December 2010

USIA TIDAK SETARAF DENGAN TINDAKAN

Baru-baru ini kite dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang pelajar usia 14 tahun di Kg. Pt Ju Darat, Pt Sulong, Batu Pahat. Pembunuhan tersebut dilakukan oleh pelajar berusia belasan tahun jugak..*sebaya2 dengan mangsa lah....Lebih mengejutkan lg pembunuhan tersebut berlaku di kampung saya sendiri. Apa dah jadi ngan budak2 zaman sekarang????Mereka da berani membunuh sekarang. Cara pembunuhan juga begitu kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Sudahla dibunuh, mayat telah diseret dr tmpt pembunuhan ke kawasan kebun laen yg berdekatan dengan rumah mangsa dan mayat ditimbus dengan pelepah2 kelapa sawit sahaja.

Saya difahamkan mangsa cukup mengenali pembunuh-pembunuh tersebut. Mereka adalah rakan sekolah. Macamane la mereka tergamak membunuh kawan2 sendiri. Saya juga difahamkan ketika mereka melakukan pembunuhan, mereka berada di bawah pengaruh dadah. Ketika itu sy terfikir, mesti sebab dadah mereka sanggup melakukan pembunuhan. Ini kerana jika diikutkan akal manusia, lebih2 lagi di bawah umur xkan begitu tekad sehingga melakukan pembunuhan. Jadi di sini dapat kita faham BETAPA BAHAYANYA DADAH...

Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh si mati dan semoga pembunuh2 tersebut menerima hukuman yang sepatutnya. Saya berharap supaya peristiwa ini dapat menjadi pengajaran kepada para ibu bapa terutamanya. Pantaulah gerak geri anak2 anda. Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan dan jangan terlalu manjakan mereka dan fikir anak anda sangat mulia sehingga orang lain tiada hak untuk menegur anak anda. Semoga peristiwa ini juga menjadi pengajaran kepada remaja2 di luar sana. Al-Fatihah ke atas roh Nurul Mazni.

Monday 20 December 2010

KITA KE FINAL

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya mengikat juara piala Suzuki yang lepas, Vietnam 0-0 pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Suzuki 2010. Walaupun berjaya ke pusingan akhir, saya tetap kurang berpuas hati dengan persembahan pasukan kita. Kita diserang bertubi-tubi oleh pasukan Vietnam. Serangan yang kita lakukan pula tumpul. 

Walaupun berlawan dengan 10 pemain apabila penyerang Vietnam dilayangkan kad kuning kedua, kita tidak menggunakan peluang yang ada. Kita lebih kepada strategi bertahan. Beberapa kali penjaga gol kita, Khairul Fahmi menyelamatkan gawang gol oleh percubaan-percubaan bahaya Vietnam. Kita juga mempunyai beberapa peluang baik namun gagal kite sempurnakan.

Apapun tahniah kepada pasukan kebangsaan. Lakukanlah yang terbaik pada pusingan akhir nanti. Kami rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan kalian dan menamatkan kemarau piala sejak belasan tahun. 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Thursday 16 December 2010

JUST FOR YOU MY LOVE

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Thanx to youtube.

TAHNIAH BUAT SKUAD KEBANGSAAN

Sekalung tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak negara yang berjaya menundukkan Vietnam dengan 2 jaringan tanpa balas malam td di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedua-dua jaringan disumbangkan oleh penyerang skuad Selangor, Safee Salee pada minit 60 dan 80. Dengan kemenangan tersebut skuad negara kini boleh dikatakan selesa dan sebelah kaki menempah ke pusingan akhir Piala Suzuki. Pusingan kedua akan berlangsung di Vietnam pada hari Sabtu ini. Sama-samalah kita memberi dorongan dan semangat kepada skuad negara. Semoga ranking skuad bola sepak  negara akan lebih maju dan meningkat.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Wednesday 15 December 2010

CLOSING ACCOUNT

Memang lumrah bekerja di sektor kewangan. Setiap akhir tahun memang sibuk dengan proses penutupan akaun. Tahap kesibukan jangan cakap la,memang giler2 punye. aku bertugas di bahagian pembangunan dan penyelidikan. tugas aku memantau akaun-akaun atau projek-projek pembangunan di universiti dan penyelidikan yang dibuat oleh para pensyarah di universiti. projek pembangunan xlah bermasalah sangat sebab sikit je.tp penyelidikan ni yang banyak. ade lebih kurang 700 projek yang perlu aku semak. masalah yang timbul adalah berkaitan dengan sistem sahaja sebab kalo masalah pada penyelidik sendiri akan dipantau oleh Pusat Pembangunan Inovasi. Selamat bekerja diucapkan kepada semua staf-staf kewangan xkire di mana sahaja anda bertugas samada sektor kerajaan, badan berkanun mahupun sektor swasta. Sama-sama kita hadapi bulan ini dengan sabar dan tekun.  
Selamat Berjaya


Tuesday 14 December 2010

PENGENALAN

Selamat berkenalan semua. Selamat datang diucapkan kepada diri sendiri ke alam blogging. Dulu penah ade blog tp dah lame sangat xupdate, last2 terbiar camtu n xley login lg da..ntah2 da xpired..

xtau la mane dapat inspirasi utk mulakan semula blogging ni. saya akan cube aktif sekurang2nya seminggu sekali dengan penulisan terbaru. Insya-Allah...

lastly, salam perkenalan n selamat datang ke blog saya.

~~~~NOMINOMINEE~~~~