About Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Peminat pasukan Liverpool Football Club

Tuesday, 3 April 2012

Mail Lambung Junior

Sedang-sedang melayan youtube mencari2 video Lawak Ke Der Full Version(dengan harapan ade lagi la hamba Allah yang upload semula dan belum diremove), dengan tidak semena2 hati tertarik plak nak klik video ni. Sekali tengok.....PEEEGGGGGHHHHHHH......MAIL LAMBUNG SUDAH ADE PENGIKUT....!!!!!!

Ada bakat jugak budak ni. Boleh digandingkan dengan Mia Sara. Hahahaha....Mane tau kot2 ade pengarah yang tertengok video ni dan nampak bakat budak ni. Style la lu budak....hahahaha.....


Aku ingat dia tiru gerakan bebas je, rupanya siap tiru dengan crops2 sekali. Kerusi plastik yang sama jenis pon ade gak....hahahaha.....Namun di sini diingatkan juga, para ibu bapa, awasilah kelakuan anak-anak anda. Jangan sampai mereka bertindak di luar kawalan.

Friday, 30 March 2012

Family Day Opis Aku

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kali ni aku nak kongsi ngan korang tentang 1 event iaitu Family Day. Family Day ni bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli. So hari ni aku nak share lah kemeriahan Family Day pejabat aku yang telah diadakan ujung minggu lalu (24 Mac - 25 Mac 2012) bertempat di Lanjut Golden Beach & Golf Resort, Pahang.

Kalo nak dicerita aktiviti sepanjang event ni memang xlah aku nak cerita since my cute chubby wifey da cerita dalam blog dia. So korang boleh la baca kat blog dia. Panjang lebar dia citer. Nah linkhttp://ohhbelog.blogspot.com/2012/03/venue-lanjut-golden-beach-golf-resort.html (siap promote lagi nih)

Jadi kat sini aku just nak share beberapa lagi gambo yang xde dalam entri wifey aku tuh. Korang nilai la sendiri meriah ke xmeriah. Korang mesti rase jeles punye la sebab xjadi sebahagian daripada kami. Mau xjeles kalo da hadiah cabutan bertuah Galaxy Note, Galaxy Tab, Set Home Theatre, Peti Ais, Kipas Angin, bla...bla...bla... Tambah lagi pakej percutian ke Gold Coast, Bandung dan Bali utk 2 org selama 4 hari 3 malam. Sape yang baru kawen ni kalo dapat memang beruntung sangat2 lah....(pakel percutian tu aku tipu je ok... :P)

So, jom layan....

Orang kuat untuk event ni



Gegurl2 bujang. Sape berminat bley tinggalkan no telepon..wakakaka



Antara keluarga yang hadir



Ala tomei tomei



Pemenang hadiah pakej percutian ke Hawaii..ahahaha



Alamak dik..kaver sikit dik,kang masuk pasir



Piat telinga dia. Degil sangat.




Big boss yang sangat2 sempoi. Kami akan merindui anda. Terima kasih kerana telah menjadi bos kami. Selamat bersara.



Kumpulan K-Pop Malaysia. Indon punye xboleh lawan ni. Ni champion.



Kan.. Baru je cakap dia da wat performance..



Acara kanak-kanak. Masuk air dalam kepala, eh dalam botol...




Tolong2..!!  Jari suda ilang...




Erk...Ni duta produk ape ni???




Acara bom mengebom...bom sape meletop kalah...hahaha



Pecah suda...keluar!!! keluar!!! hahahaha




Final round..tapi penentu tempat ke-2 ke-3..hahaha...apepontabley




Rilek jap..aku pon da penat ni..minum sat.



Acara bola tampar campuran yang sudah semestinya dimenangi oleh pasukan aku...punye lawan....cisss...




Erk..!!ni nak buat istaa pasir ke nak buat kuburan nih...sila2..tanam2...



Same jerk...setakat org datang amik gambo je..wakakaka



Acara memancing dalam botol..ntah ape yg ade dalam botol tuh ntah..



Selipar terbaaaaaaannng.....

Haaa..kan .da kene kepala..wakakaka...sebenarnya dia ni pemenang..

















Acara kemuncak








Tarik jangan xtarik





















Mintak nyawaaa....




Team yang kalah kene denda tolak van..wakakaka..ni pon wa tipu..tayar van terbenam sebenarnya...

Sekian, terima kasih. Jeleskan2..malas nak post banyak2 nanti korang menyumpah plak sebab dengki...wakakaka..gurau je ...

Thursday, 29 March 2012

Saya Tiada Kembar

Shiro telah dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Musim ke-???, berapa ntah..hahaha...xbrape nak follow.... Sehari selepas tuh je terus kecoh cakap aku menang 100k...WTF..!!!kalo betol xpe la jugak....xpe2..wa rilek...kawan baik wife aku, si kepanten(pengantin) baru Aini siap tunjuk gambo lagi...erk...memang x la aku nak mengaku tu aku...hahahaha....

The next day, ade plak member aku dari KL dengan nama timangan Fishcake siap post gambo lagi kat wall aku ckp aku menang 100k pastu mintak belanja lagi...hahahaha...gambor siap posing titanic lagi...
Ish..ni xley jadi ni, sape la mamat yang mengambil populariti rupa aku ni...muka aku ni memang muka juara aku taula..buktinye???family day opis aku banyak gak acara yang aku johan...kalo xjohan pon mesti ade ade adiah..kalo xde adiah maksudnya aku xmasuk acara tuh..wakakakaka...

so, malas nak cakap banyak ni la mamat yang dikatakan sebagai aku..siap la kalo mamat ni aku jumpa,memang aku mintak otograph..wakakakaka....

Mamat yang didakwa adalah aku.(yang belah kanan tu. yang pegang piala)

Ni plak gambo yang member aku yang nama fishcake tu upload kat wall aku.

p/s : Entri kali ni adalah entri yang saja nak bergurau senda. Bukan nak mencari publisiti atau nak menumpang publisiti juara Raja Lawak ni. Sekadar suka2 je...hehehe....

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana  kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga berhak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah dengan bersungguh-sungguhkata-kataku ini, SEMBAHLAH ALLAH, DIRIKANLAH SOLAT LIMA KALI SEHARI, BERPUASALAH DI BULAN RAMADAN DAN TUNAIKANLAH ZAKAT DARI HARTA KEKAYAAN KAMU. KERJAKANLAH IBDAT HAJI SEKIRANYA KAMU MAMPU. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudarakepada Muslim yang lain.

Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awaslah, JANGAN SEKALI-KALI KELUAR DARI LANDASAN KAMU SELEPAS KETIADAANKU.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-katakuyang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN DAN SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga mereka yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

Khutbah ini telah disampaikan oleh rasulullah S.A.W pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Sumber dari : http://www.rileksantai.com

Tuesday, 23 August 2011

KLIK-KLIK RAYA

Hari Raya kian hampir. Bahangnya kian terasa. Lagu-lagu raya mula berkumandang di corong-corong stesyen tetuang udara. Kad-kad raya yang diterima dari pejabat lain sudah digantung di papan kenyataan pejabat. Jadi hari ni saya nak berkongsi dengan sume, sesi fotografi Pejabat Bendahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kira pre-raya la ni...



Photographer kita, En Muzaffar bin Salleh


Inilah hasil yang kita dapat


Seterusnya.... Candid time....


Rasenya brader boyoq ni pernah bercita-cita nak jadi penari satu ketika dulu.


Jelingan manja seorang bos dan anak buahnya. Yang mane bos yang mane anak buah korang pikirla sendiri.

Sempat lagi tu berposing. Xde orang len yg lg kacak dr korang lah.

Yang ni xpasti mane diorang jumpa. Nasib baik dapat diselamatkan.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARI PEJABAT BENDAHARI 
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
 

Monday, 28 February 2011

PHYSIO KE NI???

Hahahaha...cuba anda bayangkan jika anda tercedera dan memerlukan bantuan physio, dan physio ini yang datang merawat anda. Silap-silap lupa sekejap pasal sakit..




Thanks to Mymanutd.com yang menjumpai video ini dan Youtube.

Friday, 18 February 2011

XPERTELEVEN

Memandangkan saya dah xde idea nak post ape, jadi saya jadikan blog ini sebagai medium untuk liga xperteleven bagi opis saya.


Nama liga : LIGA UTHM
ID Liga : 219938

Liga ini telah berlangsung selama 7 musim dan bakal masuk ke musim ke-8. Liga musim ke-8 masih belum dicipta kerana pengurus yang aktif kini hanya tinggal 9 sahaja. Jadi saya masih membuka kepada sesiapa yang berminat untuk join liga ini. Saya mensasarkan bilangan genap para pengurus, kemudian liga akan dicipta. 

Antara pasukan-pasukan yang sedia ada adalah,
rock jambu



Musang Ekor Lapan




Reds Eagle




biawakrimba




FC Outsiders




the reds liver




estet united




Double 7




Samat Kembong fc

Pasukan kami xlah hebat mana jadi anda masih berpeluang untuk mengatasi pasukan kami walaupun anda bermula dengan pasukan yang baru. Liga musim ke-8 mungkin akan bermula awal bulan 3.