About Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Peminat pasukan Liverpool Football Club

Wednesday 29 December 2010

MALAYSIA BOLEH

Lama sudah tidak menulis(menaip). Agak sibuk juga sekarang ini. Kali ini saya ingin berkongsi dengan korang semua pengalaman saya menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki pusingan pertama antara pasukan Kebangsaan dengan Indonesia yang berlangsung Ahad lalu di Stadium Bukit Jalil.

Kami (saya bersama 5 teman) bergerak dari rumah di Bukit Jalil pada jam 7.30 malam. Jalan sudah sesak. Kereta parking merata-rata. Kira-kira sepuluh minit berjalan,kami tiba di perkarangan stadium. Keadaan sesak dengan puluhan ribu penyokong skuad Kebangsaan yang ingin memberi sokongan. Kami menuju ke pintu Hijau. Sebelum ke sana,kami sempat membeli bendera dan vuvuzela. 

PARAH!!!!semua tempat penuh. Namun ianya tidak membantutkan semangat kami. Kami bertuah kerana dapat masuk stadium tetapi malangnya kami terpaksa duduk di belakang ribuan peminat Indonesia. *ni kalo diorang mengamuk kompem kami kene dulu...

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. Kalo tengok separuh masa pertama memang nampak Indonesia akan menang. Tapi saya kagum dengan peminat Malaysia yang xpenat memberi sokongan kepada skuad Kebangsaan. Separuh masa kedua menunjukkan peningkatan positif kepada skuad kebangsaan. Mereka mengasak benteng Indonesia dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Penyerang negara, Safee Salie merembat mudah hantaran Norshahrul. Stadium menjadi hingar bingar. Penyokong Indonesia mula tertekan dan resah. Tambahan lagi dengan tekanan daripada penyokong negara yang berada di belakang mereka.*tempat kitorang la nih...

Saya kurang berkenan dengan segelintir peminat negara yang sengaja membaling botol ke arah penyokong Indonesia. Mereka yang sengaja mencari masalah. Saya lihat penyokong Indonesia tertib sahaja ketika menonton perlawanan tetapi penyokong Malaysia yang lebih-lebih.

Akhirnya skuad kebangsaan berjaya membawa 3 gol sebagai bekalan untuk pertemuan kedua di Indonesia. Kebanyakan penyokong Indonesia keluar stadium awal setelah pasukan mereka dibolosi 3 gol. Ketika ini dapat saya perhatikan bahawa mereka telah menyerah kalah.

Pusingan kedua akan berlangsung malam ini. Saya bersama cik kekasih dan kawan2 lain akan menyaksikan di kaca televisen sahaja. Doa kami agar skuad kebangsaan berjaya membawa pulang Piala Suzuki tersebut.

 daripada youtube...

MALAYSIA BOLEH

No comments: