About Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Peminat pasukan Liverpool Football Club

Monday 20 December 2010

KITA KE FINAL

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya mengikat juara piala Suzuki yang lepas, Vietnam 0-0 pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Suzuki 2010. Walaupun berjaya ke pusingan akhir, saya tetap kurang berpuas hati dengan persembahan pasukan kita. Kita diserang bertubi-tubi oleh pasukan Vietnam. Serangan yang kita lakukan pula tumpul. 

Walaupun berlawan dengan 10 pemain apabila penyerang Vietnam dilayangkan kad kuning kedua, kita tidak menggunakan peluang yang ada. Kita lebih kepada strategi bertahan. Beberapa kali penjaga gol kita, Khairul Fahmi menyelamatkan gawang gol oleh percubaan-percubaan bahaya Vietnam. Kita juga mempunyai beberapa peluang baik namun gagal kite sempurnakan.

Apapun tahniah kepada pasukan kebangsaan. Lakukanlah yang terbaik pada pusingan akhir nanti. Kami rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan kalian dan menamatkan kemarau piala sejak belasan tahun. 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

No comments: