Baru-baru ini kite dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang pelajar usia 14 tahun di Kg. Pt Ju Darat, Pt Sulong, Batu Pahat. Pembunuhan tersebut dilakukan oleh pelajar berusia belasan tahun jugak..*sebaya2 dengan mangsa lah....Lebih mengejutkan lg pembunuhan tersebut berlaku di kampung saya sendiri. Apa dah jadi ngan budak2 zaman sekarang????Mereka da berani membunuh sekarang. Cara pembunuhan juga begitu kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Sudahla dibunuh, mayat telah diseret dr tmpt pembunuhan ke kawasan kebun laen yg berdekatan dengan rumah mangsa dan mayat ditimbus dengan pelepah2 kelapa sawit sahaja.
Saya difahamkan mangsa cukup mengenali pembunuh-pembunuh tersebut. Mereka adalah rakan sekolah. Macamane la mereka tergamak membunuh kawan2 sendiri. Saya juga difahamkan ketika mereka melakukan pembunuhan, mereka berada di bawah pengaruh dadah. Ketika itu sy terfikir, mesti sebab dadah mereka sanggup melakukan pembunuhan. Ini kerana jika diikutkan akal manusia, lebih2 lagi di bawah umur xkan begitu tekad sehingga melakukan pembunuhan. Jadi di sini dapat kita faham BETAPA BAHAYANYA DADAH...
Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh si mati dan semoga pembunuh2 tersebut menerima hukuman yang sepatutnya. Saya berharap supaya peristiwa ini dapat menjadi pengajaran kepada para ibu bapa terutamanya. Pantaulah gerak geri anak2 anda. Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan dan jangan terlalu manjakan mereka dan fikir anak anda sangat mulia sehingga orang lain tiada hak untuk menegur anak anda. Semoga peristiwa ini juga menjadi pengajaran kepada remaja2 di luar sana. Al-Fatihah ke atas roh Nurul Mazni.
No comments:
Post a Comment